Selembaran Madah Di Malam Perubahan

Alhamdulillah, moga-moga sekeping hati ini dapat mengenali semula hasrat yang pernah dinyalakan dulu. Ya Allah, aku ingin kembali kepada jiwaku dulu.

Detik 2.15 pagi, sungguh memilukan dalam hidupku.

Tercoret kisah yang dibasahi dengan air mata yang diterjemahkan dalam erti kata kekecewaan dan pengharapan. Aku seakan terbisik dengan nada melankolik tatkala pertemuan yang kuharapkan menjadi kenyataan. Aku kaget dengan kehendak perjumpaan yang dirasakan rasmi menjadi medan luahan sukma yang meronta-ronta untuk mencuri kealpaan emosi mencari rasional dan logik dengan kehidupan bermusyawwarah.

Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Seribu persoalan yang terbuku dalam kotak perasaan akhirnya terlerai pada mata-mata naluri yang kita butakan. Penyelesaiannya, masih dalam genggaman tetapi baranya sudah menempias ke ruang legasi itu. Aku sempat merakamkan subjektiviti yang terselit kepada yang lebih konkrit :

·Be proactive, but not reactive. But, how to be proactive person? I hope, I can find it.

·Lack of knowing the situation. Who supposes to be judged? Don’t ask this question. I have to be brave to know everything in good way.

·A lot of work. So, we have to forget the responsibility. Don’t do this, I wil be long in the real job, the big problems will be faced on later.

·Two groups formed with different conditions. Please, don’t too rigid and adapt it.

·Inspiration of challenges. Realize it to your community.

·If we failed, we will be laughed with somebody. So what?

Haha… Sedap jer mulut berbicara. Tapi yang pahit kita kena telan, yang manis kita serikan untuk yang akan datang. Usahlah meletakkan diri dalam kerangka negatif yang kita buat sendiri.

InsyaALLAH, kadang-kadang sukar untuk kita menerima kata-kata orang lain, tapi ingatlah, kita kena cermin diri. Ingin berjaya bukan mudah, ingin dihormati bukan senang, ingin dihargai..please, tue tak ikhlas namanya.

Sudah!!! Hentikan percikan halusinasi dan momokan dalam epilog jiwa yang bukan-bukan. Tolong r borhan, ko nie terlalu manja r. Jangan terlalu macam nie… Banyak lagi benda ko kena buat dan ko abaikan. So, nak biar sampai bila??? Bisikku dalam tenang hati yang telah mengerti.

Betapa indahnya hubungan itu bila hati ini ikhlas dan tidak mencari kekhilafan…

Coretan Dari Tinta Seorang Yang Menyesal

2 Responses to “Selembaran Madah Di Malam Perubahan”

  1. shebby Says:

    kebenaran amat menyakitkan…
    banyakkan bersabar…
    semua orang tidak sempurna..
    tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh mengejar kesempurnaan kan??
    gud luck ma bro!!!!

  2. put3alam Says:

    sedih sahaja bunyinya…ambil lah sedikit ruang & peluang untuk membirkan diri berfikir. mintalah bantuan dari Rabbul Izzati, agar diri dipermudahkan urusan. saya mendoakan yg terbaik buat abg boan.

    ” luka di hati jangan dibiarkan merosakkan diri,
    rawatlah ia dengan segera agar jiwa tidak lagi dihambat luka”

Leave a Reply