Zamanku Berakhir

Biarpun sukar untuk menerima kenyataan bahawa zamanku berakhir dengan air mata, tapi itulah realitinya. Terimalah takdir, terimalah dengan penuh hati terbuka dan rendah diri. InsyaALLAH, aku cuba untuk didik jiwa yang meronta-ronta..

Tahniah kepada Pasukan Debat UPM Utama B dan UPM Muda B yang telah berjaya menjejakkan kaki ke pentas akhir pertandingan Debat Diraja Kali Ke-12 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. InsyaALLAH, andalah pewaris kegemilangan debat UPM. Tahniah!!!

Selama 4 tahun, aku cuba untuk bertarung mencipta selakaran kejayaan di arena perdebatan. Tapi sangat susah. Dari tahun pertama hinggalah ke tahun akhir pengajian, belum pernah untuk ku merasai detik-detik manis kemenangan. Mungkin aku belum cukup bersedia. Ya, inilah yang perlu aku tanya pada diriku.

Bagiku kenangan manis melepasi ke peringkat Suku Akhir Debat Diraja Kali ke-10 di UNIMAS 2006/2007, Suku Akhir Debat Kefahaman Islam 2006/2007, Suku Akhir Debat Kepenggunaan di UNITEN 2007/2008 dan Suku Akhir Debat Integriti di USM 2007/2008 tidak akan kulupakan. Semuanya memahatkan pengalaman bermakna selama bergelar sebagai pendebat UPM.

” Mula-mula susah gak r nak accept kekalahan tue, tapi kena accept gak! ”

Kepada Paie, Pau, Fazril dan Syabira, terima kasih banyak-banyak selama kita dalam satu pasukan dan telah berjuang berhabis-habisan. Boan cuba untuk kita semua sama-sama menempa ke peringkat suku akhir tapi tidak berjaya. Boan minta maaf sangat-sangat!! Paie, ingat teruskan perjuangan debat paie di IKIM dan boan yakin dengan potensi paie untuk melangkah lebih jauh.. Boan sentiasa doakan paie.. Yakinlah dengan pasukan IKIM yang akan paie pimpin.. Boan minta maaf, sebab boan sudah tidak boleh bersama-sama lagi. Boan kena menerima kenyataan yang sudah berakhir zaman debatku.

Tahniah sekali lagi kepada Kelab Debat Bahasa Melayu UPM kerana mencipta hatriks!!! Teruskan perjuangan!

KTDI, aku akan kembali semula…setelah aku melupai mu sekian lama..

Ya Allah, permudahkanlah urusanku dan terimalah ku kembali untuk kupulang ke tempat asalku…

Secebis Rasa Insaf

Leave a Reply